Melahirkan insan yang berketerampilan daripada pelbagai aspek, berdisiplin, memiliki sahsiah yang terpuji dan mampu berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu yang gramatis sejajar dengan aspirasi negara.
- Menyuburkan perasaan cinta terhadap Bahasa Melayu
- Menggunakannya bahasa Melayu secara gramatis.
- Menyemai perasaan cinta terhadap sekolah, negeri dan negara supaya wujud warganegara yang berkualiti dan memiliki jati diri yang tinggi.
- Mewujudkan satu Persatuan Bahasa Melayu di sekolah yang bergiat aktif untuk melatih murid yang berkebolehan, berkeyakinan tinggi, berketerampilan dan dapat berkomunikasi dengan baik.
- Meningkatkan minat, mengembangkan bakat dan kemahiran murid dalam aktiviti yang dirancang
- Memaksimumkan penglibatan, kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa serta membantu murid berinteraksi dengan masyarakat
- Membina sikap yang positif dan bertanggungjawab terhadap pemeliharaan bahasa dan budaya Melayu.
- Menggalakkan murid menyumbang idea, kemahiran, tenaga dan kreativiti serta menyertai pertandingan-pertandingan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan
- Melahirkan generasi yang berkualiti dan sentiasa prihatin terhadap isu-isu bahasa di samping menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid.
No comments:
Post a Comment