Wednesday, 29 October 2014

Bulan Bahasa

Oktober Bulan Bahasa

Bulan Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Melayu disambut pada bulan Oktober.
Antara tujuan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) adalah  untuk:-
  • Memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
  • Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
  • Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
  • Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Bulan Bahasa Kebangsaan,sila layari laman web ini    http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=69&VertSectionID=27&IID

Aktiviti-aktiviti Persatuan Bahasa Melayu

AKTIVITI-AKTIVITI PERSATUAN BAHASA MELAYU

Pidato Kanak-kanak



Bicara Berirama


Aktiviti-aktiviti Persatuan Bahasa Melayu

AKTIVITI-AKTIVITI PERSATUAN BAHASA MELAYU

Permainan Bahasa
Contoh 




Pantun

Jenis-jenis Pantun

Matlamat dan Objektif Persatuan Bahasa Melayu

MATLAMAT

Melahirkan insan yang berketerampilan daripada pelbagai aspek, berdisiplin, memiliki sahsiah yang terpuji dan mampu berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu yang gramatis sejajar dengan aspirasi negara.

OBJEKTIF

  • Menyuburkan perasaan cinta terhadap Bahasa Melayu
  • Menggunakannya bahasa Melayu secara gramatis.
  • Menyemai perasaan cinta terhadap sekolah, negeri dan negara supaya wujud warganegara yang berkualiti dan memiliki jati diri yang tinggi.
  • Mewujudkan satu Persatuan Bahasa Melayu di sekolah yang bergiat aktif untuk melatih murid yang berkebolehan, berkeyakinan tinggi, berketerampilan dan dapat berkomunikasi dengan baik.
  • Meningkatkan minat, mengembangkan bakat dan kemahiran murid dalam aktiviti yang dirancang
  • Memaksimumkan penglibatan, kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa serta membantu murid berinteraksi dengan masyarakat
  • Membina sikap yang positif dan bertanggungjawab terhadap pemeliharaan bahasa dan budaya Melayu.
  • Menggalakkan murid menyumbang idea, kemahiran, tenaga dan kreativiti serta menyertai pertandingan-pertandingan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan
  • Melahirkan generasi yang berkualiti dan sentiasa prihatin terhadap isu-isu bahasa di samping menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid.


Latar Belakang

 


LATAR BELAKANG


1.1  Murid merupakan modal insan yang sangat berharga dalam menentukan arah pembangunan negara pada masa akan datang. Dalam konteks pendidikan kebangsaan, kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan potensi murid secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah membina disiplin murid dan meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian, masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi muda yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan murid yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).


1.2   Menyedari keperluan ini, Persatuan Bahasa Melayu di semua sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan mestilah bergerak aktif demi memenuhi kepelbagaian cita rasa, minat dan bakat murid berdasarkan objektif yang diutarakan.


RASIONAL

Menyedari hakikat bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting dan diberi penekanan pada masa ini, Persatuan Bahasa Melayu di sekolah wajarlah digerakkan dengan lebih aktif bagi memenuhi tuntutan tersebut. Selain meningkatkan kemahiran komunikasi murid, pelbagai aktiviti yang dilaksanakan dapat menyuburkan minat dan mencambahkan bakat mereka dalam berbagai-bagai bidang seperti puisi, penulisan, lakonan dan seumpamanya. 

  Selain itu, masa terluang murid sebagai modal insan dapat diisi dengan kegiatan yang bermanfaat dan masalah salah laku dalam kalangan remaja seperti budaya hedonisme, buli, peras ugut, lumba haram, ponteng sekolah dan sebagainya dapat diatasi. Oleh hal yang demikian, aktiviti Persatuan Bahasa Melayu diharap menjadi pemangkin dalam mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah murid yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 

 Di samping itu, usaha untuk membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan bahasa kebangsaan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dapat direalisasikan.